RSS
Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sais Sosial (PERSISS)

SELAMAT DATANG ke BLOG PERSISS KUIM :)




FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL adalah sebuah fakulti yang ke-6 di Kolej UNIVERSITI Islam Melaka. Terdapat 3 program yang ditawarkan di fakulti ini diantaranya termasuklah Diploma Kaunseling , Diploma Komunikasi Massa dan satu program Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Psikologi   ( Kepujian ). Fakulti ini diketuai oleh seorang Dekan ( Puan Fazurah Mustaffa ) dan empat orang Ketua Jabatan ( Psikologi Kaunseling , Komunikasi , Bahasa dan Pengajian Umum ).


Fakulti ini mempunyai satu persatuan perwakilan pelajar dan dua kelab program ( Kaunseling dan Psikologi ) yang diketuai oleh Yang di-Pertua Fakulti Abdul Muiz b. Abdul Razak ( Sarjana Muda Psikologi ). Persatuan Siswa-Siswi Sastera dan Sains Sosial (PERSISS) ditubuhkan pada 29 Mac 2012 ( Khamis ). 




Tujuan persatuan perwakilan ini ditubuhkan adalah untuk mewakili suara mahasiswa/i fakulti untuk direalisasikan di Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM.





 ' Membina Tradisi Ilmu Fikrah Intelek Ummah '.