Selamat Hari Guru
Posted by
Persiss Crew
on Wednesday, 16 May 2012
Labels:
Hari Penting
/
Comments: (0)
Guru oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Location:
Melaka, Malaysia
AMANAT YANG DIPERTUA
Posted by
Persiss Crew
on Saturday, 12 May 2012
Labels:
Yang DiPertua
/
Comments: (0)
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil alamin washolatu wasalamu 'ala nabiyyil mursalin
wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain amma bakdu
Assalamualaikum w.b.t,
Pertamanya saya merafaqkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, diberikan kesempatan usia untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi mewakili Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Selain itu juga, saya merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kepimpinan pada kali ini untuk ‘memulai’ persatuan yg kita cintai.
Mahasiswa yg dirahmati Allah,
Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial 2012/13 adalah persatuan yang pertama ditubuhkan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS). Persatuan yang juga dikenali sebagai PERSISS ini, secara rasmi telah ditubuhkan pada tarikh keramat 14 Mac 2012 oleh Dekan FSSS iaitu Puan Fazura Bte Mustaffa.
Mahasiswa yg dirahmati Allah,
Dengan keupayaan 22 orang barisan kepimpinan, kami telah menata 3 gagasan utama yang akan menjadi wadah kepada gerakan ini iaitu meningkatkan keupayaan soft skill, kebajikan mahasiswa dan perpaduan. Kita harus sedar, kolej adalah pusat tradisi keilmuan yang berdiri megah dengan mengharapkan mahasiswa yang lahir disemai dengan semangat yang waja. Bukan hanya gagah bergalas rencong tetapi berani menggunakan kebenaran ilmu yang tidak mudah dipesong.
Justeru itu, PERSISS mengharapkan mahasiswa mahasiswi tidak mentalkinkan budaya ilmu yang seharusnya terus subur dan membara disini. Tuntutlah pelbagai jenis ilmu dan janganlah menjumudkan diri kita dengan bidang pengajian kita. Biarlah anak-anak ilmu yang lahir dari generasi KUIM memahami ilmu dalam konteks yg lebih luas. Jangan sesekali alpa membiarkan generasi kita diratah dengan isu dan pemahaman semata. Selain itu, hormatilah sekalian warga pensyarah dan semailah rasa ‘cinta’ agar mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
Mahasiswa yg dirahmati Allah,
Saya mewakili suluruh perwakilan PERSISS sentiasa mengharapkan agar mahasiswa mahasiswi terus tegap berjuang bersama kami dalam menjayakan setiap usaha yang kami lakukan. Dengan bertemakan “MEMBINA TRADISI ILMU FIKRAH INTELEK UMMAH”, Insyaallah kami akan laksanakan tanggungjawab ini dengan amanah dan bersungguh.
Akhir kalam, saya sudahi dengan mulia menutup bicara,
Wabillahi taufik wal hidayah….
wassalamualaikum w.b.t,.
-YDPPERSISS-
-YDPPERSISS-
Posted by
Persiss Crew
Labels:
Maklumat Am
/
Comments: (0)
GARIS PANDUAN (PERSISS)
1.Semua siswa dan siswi yang mengikuti
program pengajian di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial secara automatiknya
menjadi ahli PERSISS yang sah.
2.Setiap ahli PERSISS dikecualikan
daripada membayar yuran keahlian kecuali jika terdapat pindaan-pindaan tertentu
dari pihak atasan.
3. Sekiranya timbul permasalahan di fakulti,
permasalahan tersebut hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada PERSISS melalui
Exco Persatuan Fakulti dan permasalahan tersebut akan dibawa ke pihak yang
bertanggungjawab.
4. Setiap ahli dan exco wajib menghadiri
mesyuarat agung dan mesyuarat biasa melalui arahan Dekan fakulti.
5. Pemilihan exco yang baru dijalankan
secara pilihan raya yang dikelolakan oleh JPR.
6. Semua ahli wajib menghadiri segala
aktiviti yang dijalankan. Sekiranya tidak dapat menghadiri aktiviti – aktiviti berkenaan, hendaklah
dinyatakan sebab yang kukuh dan muhasabah.
Kaunter Pendaftaran Perkhidmatan Bas ke Melaka Central
Posted by
Persiss Crew
on Tuesday, 8 May 2012
Labels:
Exco Kebajikan
/
Comments: (0)
Tindakan ini telah dibuat oleh:
Exco Aduan & Kebajikan
Exco: Fitri Noratiqah bt Saffinge
Timb: Raziatul Munirah bt Ismail
Tarikh:19 – 20 april 2012
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tempat: kafeteria dan perkarangan FSSS
Pada 19 dan 20 april yang lalu ,Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (PERSISS) telah membuka satu kaunter pendaftaran yang telah dilakukan oleh exco aduan & kebajikan untuk sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ke MC. Ini bertujuan untuk memudahkan mahasiswa dan mahasiswi untuk pulang ke kampung halaman pada cuti semester. Perkhidmatan bas tersebut disediakan secara percuma oleh pihak kolej atas inisiatif Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Sebanyak 2 buah bas telah disediakan.
Pendaftaran ini bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kaunter pendaftaran tersebut bertempat di kafeteria KUIM dan perkarangan FSSS. Selain exco dan timbalan, ajk-ajk yang berada di bawah mereka juga turut turun padang bagi menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan walaupun hanya 13 orang sahaja yang mendaftar.
Tarikh brtolak bagi bas tersebut adalah pada 27 april 2012 dan 04 mei 2012 iaitu selepas tamatnya peperiksaan akhir semester. Bertempat di perkarangan tempat letak bas kuim, mahasiswa/I pada pkul 3 petang.
Maaf terlambat sikit post, banyak komitmen lain..;p
Exco Aduan & Kebajikan
Exco: Fitri Noratiqah bt Saffinge
Timb: Raziatul Munirah bt Ismail
Tarikh:19 – 20 april 2012
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tempat: kafeteria dan perkarangan FSSS
Pada 19 dan 20 april yang lalu ,Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (PERSISS) telah membuka satu kaunter pendaftaran yang telah dilakukan oleh exco aduan & kebajikan untuk sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ke MC. Ini bertujuan untuk memudahkan mahasiswa dan mahasiswi untuk pulang ke kampung halaman pada cuti semester. Perkhidmatan bas tersebut disediakan secara percuma oleh pihak kolej atas inisiatif Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Sebanyak 2 buah bas telah disediakan.
Pendaftaran ini bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kaunter pendaftaran tersebut bertempat di kafeteria KUIM dan perkarangan FSSS. Selain exco dan timbalan, ajk-ajk yang berada di bawah mereka juga turut turun padang bagi menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan walaupun hanya 13 orang sahaja yang mendaftar.
Tarikh brtolak bagi bas tersebut adalah pada 27 april 2012 dan 04 mei 2012 iaitu selepas tamatnya peperiksaan akhir semester. Bertempat di perkarangan tempat letak bas kuim, mahasiswa/I pada pkul 3 petang.
Maaf terlambat sikit post, banyak komitmen lain..;p
Ketua Exco Aduan dan Kebajikan serta AJK nya sedang membuka kaunter aduan di kafeteria.
Mahasiswa KUIM sedang mendaftar nama untuk menggunakan perkhidmatan bas.
Location:
Melaka, Malaysia











