RSS
Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sais Sosial (PERSISS)

AMANAT YANG DIPERTUA


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil alamin washolatu wasalamu 'ala nabiyyil mursalin 
wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain amma bakdu
Assalamualaikum w.b.t,

Pertamanya saya merafaqkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, diberikan kesempatan usia untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi mewakili Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Selain itu juga, saya merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kepimpinan pada kali ini untuk ‘memulai’ persatuan yg kita cintai.

Mahasiswa yg dirahmati Allah,
Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial 2012/13 adalah persatuan yang pertama ditubuhkan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS). Persatuan yang juga dikenali sebagai PERSISS ini, secara rasmi telah ditubuhkan pada tarikh keramat 14 Mac 2012 oleh Dekan FSSS iaitu Puan Fazura Bte Mustaffa. 

Mahasiswa yg dirahmati Allah,
Dengan keupayaan 22 orang barisan kepimpinan, kami telah menata 3 gagasan utama yang akan menjadi wadah kepada gerakan ini iaitu meningkatkan keupayaan soft skill, kebajikan mahasiswa dan perpaduan. Kita harus sedar, kolej adalah pusat tradisi keilmuan yang berdiri megah dengan mengharapkan mahasiswa yang lahir disemai dengan semangat yang waja. Bukan hanya gagah bergalas rencong tetapi berani menggunakan kebenaran ilmu yang tidak mudah dipesong.

Justeru itu, PERSISS mengharapkan mahasiswa mahasiswi tidak mentalkinkan budaya ilmu yang seharusnya terus subur dan membara disini. Tuntutlah pelbagai jenis ilmu dan janganlah menjumudkan diri kita dengan bidang pengajian kita. Biarlah anak-anak ilmu yang lahir dari generasi KUIM memahami ilmu dalam konteks yg lebih luas. Jangan sesekali alpa membiarkan generasi kita diratah dengan isu dan pemahaman semata. Selain itu, hormatilah sekalian warga pensyarah dan semailah rasa ‘cinta’ agar mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Mahasiswa yg dirahmati Allah,
Saya mewakili suluruh perwakilan PERSISS sentiasa mengharapkan agar mahasiswa mahasiswi terus tegap berjuang bersama kami dalam menjayakan setiap usaha yang kami lakukan. Dengan bertemakan “MEMBINA TRADISI ILMU FIKRAH INTELEK UMMAH”, Insyaallah kami akan laksanakan tanggungjawab ini dengan amanah dan bersungguh.

Akhir kalam, saya sudahi dengan mulia menutup bicara,
Wabillahi taufik wal hidayah….
wassalamualaikum w.b.t,.

-YDPPERSISS-

0 comments:

Post a Comment